Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Loyal Followers !!

Isnin, 31 Januari 2011

Minyak Naik Lagi!! Apa Sudah Jadi !!



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Source: Malaysiakini

p/s: apa sudah jadi.. memang dah dijangkakan..
Petrol akan dinaikkan lagi !! Tahniah..

3 Kepochi:

Mr. TN_SkY berkata...

Minyak naik algi..tapi orang xnaik minyak lagi hahaah =_=

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

Miecyber berkata...

Apabila BN menang pilihan raya maka secara otomatis kerajaan akan naikkan harga petrol sebagai tanda terima kasih kepada pengundi...

Tempah isteri melalui laman web

Mr. TN_SkY berkata...

hahha,..betul3..setuju dgn diatas hehe

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...