Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Loyal Followers !!

Jumaat, 18 Februari 2011

Berita Panas !! Kadar Tol Diturunkan !!



PETALING JAYA: Pengurangan kadar tol daripada RM1.60 kepada RM1 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) berhampiran Taman Medan bermula tengah malam tadi adalah berita paling gembira kepada kira-kira 41,000 penduduk di kawasan itu.
Mereka menjangka pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan berikutan pengguna yang cuba mengelak membayar tol di situ.
“Ini adalah hadiah untuk rakyat khususnya penduduk di kawasan ini sempena Tahun Baru Cina, sejajar gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Saya sudah berjanji kita akan buat yang terbaik untuk rakyat dan ini satu lagi contoh kita akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Pesta Chap Goh Mei peringkat negeri dan majlis penyampaian sumbangan Barisan Nasional (BN) Selangor di Padang Taman Dato’ Hormat, PJS 10, di sini yang dihadiri kira-kira 2,500 orang.

Pada Februari 2009, kerajaan memansuhkan bayaran tol di Plaza Tol PJS2 arah Kuala Lumpur kerana membebankan penduduk setempat yang terpaksa membayar RM1.60 setiap kali memasuki Kampung Medan berikutan ketiadaan jalan alternatif.

NPE sepanjang 19.5 kilometer yang bernilai RM1.2 bilion itu dibuka sejak 30 April 2004 dan digunakan kira-kira 42,000 kenderaan sehari.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan angpau RM200 kepada 650 penerima di kawasan PJS terdiri daripada orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO PJS, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik yang ditemui berkata, pengumuman itu amat ditunggu-tunggu kira-kira 41,000 penduduk PJS terutama di Taman Medan yang terpaksa berdepan kesesakan berikutan pengguna yang mengelak tol memasuki kawasan taman berkenaan.


Source : Berita Harian

p/s: beruntung untuk warga Petaling Jaya...
sebab kadar Tol dikurangkan kepada Rm1... 

Rabu, 16 Februari 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS


Segmen yang selalu dianjurkan oleh brader Ben Ashaari ni..
adalah segmen yang paling senang.. 
dan paling ramai la jugak yang gatal tangan dok join...
kalau korang nak join.. dipersilakan...
hanya untuk blogger yang mempunyai 100-500 followers sahaja..
klik sini k..

Ahad, 13 Februari 2011

Muslihat Paku dan Belacan ?? OMG !!!

Assalamualaikum w.b.t....
apa nak jadi dengan mereka ni....
rupa rupa nya, ada udang di sebalik mee rupanyer mereka ni...

bak kata pepatah,
' Sepandai pandai tupai melompat, Akhir nya jatuh ke tanah juga'
maybe pepatah ini, sesuai diberikan kepada mereka..
akhir nya muslihat mereka terbongkar juga..
dont play play k...
jangan ingat orang Malaysia mudah diperbodohkan..
dengan muslihat korang tu...

Jika korang nak tahu cerita selanjutnya..
korang boleh Klik sini.

p/s: Orang Malaysia pantang dicabar !!
jangan la memperbodoh2kan kami lagi..
thanks..

Jumaat, 11 Februari 2011

Penghutang AKA Peminjam !!


Assalamualaikum w.b.t.....
aku saje nak buat post mengenai penghutang
yang hanya tahu hutang tetapi tidak mahu membayarnya semula...
bukan la aku ni jenis berkira...
tetapi disebabkan perangai buruk..
maybe yang tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak..
dan termasuk aku juga...
bak kata orang la ' Dah reti pinjam , mesti la reti bayar '
ni tidak.. dah pandai hutang.. tetapi tak reti nak langsaikan..
apa punya manusia la.. hanya suka ambil kesempatan orang sahaja..

Apa kata korang kan??
bila kita dah beri pinjam sesuatu @ wang..
dan orang yang meminjam itu tak reti nak bayar semula...
korang tak hangin ker? atau korang suka...
mesti la korang hangin... kalau ada yang suka tu, makna nya korang betul betul pemurah..
nak pinjam kat korang yang pemurah la..boleh tak?? hahaha gurau jer..
sakit hati woo....

pada penghutang penghutang..
tak kisah la penghutang jenis apa sekali pun...
penghutang PTPTN ke, Penghutang Ah Long ker,
Penghutang Kad Kredit ke, Penghutang persendirian ( yang pinjam dengan member ) ,
sila la jelaskan hutang hutang korang tu...
takkan la kitaorang nak minta balik..
dah pandai hutang tu, sendiri mau ingat la...itu pun susah ker?
kalau boleh jangan terjebak kan diri untuk hutang dengan ahlong..
kalau dah terjebak.. pandai pandai korang la..
dengan aku hutang tak pe lg.. sebab bunga tak naik..
dengan ahlong, bukan bunga je naik.. pokok akar semua naik..hahaha

p/s: apa apa pun korang yang reti hutang, 
sendiri mau ingat la k..

Ahad, 6 Februari 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

p/s: sape nak join klik sini.

Jumaat, 4 Februari 2011

Tips Mendapat Traffik Dengan Mudah !!


Assalamualaikum w.b.t..

Kita Bloggers !!
satu Laman Komuniti untuk warga Bloggers..
adakah korang sudah bersedia menghadapi 
Trafik yang Luar dijangkaan Anda !!

OMG!! sudah bersedia...
Ayuh kita ramai ramai menggegarkan
Laman Komuniti terbaru
Aku dah Join..
Korang tunggu apa lagi...

jangan lepaskan Peluang korang untuk mendapatkan traffik 
diluar jangkaan anda k !!

p/s: Credit to SAYAANONYMOUS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...