Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Loyal Followers !!

Jumaat, 18 Februari 2011

Berita Panas !! Kadar Tol Diturunkan !!



PETALING JAYA: Pengurangan kadar tol daripada RM1.60 kepada RM1 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) berhampiran Taman Medan bermula tengah malam tadi adalah berita paling gembira kepada kira-kira 41,000 penduduk di kawasan itu.
Mereka menjangka pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan berikutan pengguna yang cuba mengelak membayar tol di situ.
“Ini adalah hadiah untuk rakyat khususnya penduduk di kawasan ini sempena Tahun Baru Cina, sejajar gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Saya sudah berjanji kita akan buat yang terbaik untuk rakyat dan ini satu lagi contoh kita akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Pesta Chap Goh Mei peringkat negeri dan majlis penyampaian sumbangan Barisan Nasional (BN) Selangor di Padang Taman Dato’ Hormat, PJS 10, di sini yang dihadiri kira-kira 2,500 orang.

Pada Februari 2009, kerajaan memansuhkan bayaran tol di Plaza Tol PJS2 arah Kuala Lumpur kerana membebankan penduduk setempat yang terpaksa membayar RM1.60 setiap kali memasuki Kampung Medan berikutan ketiadaan jalan alternatif.

NPE sepanjang 19.5 kilometer yang bernilai RM1.2 bilion itu dibuka sejak 30 April 2004 dan digunakan kira-kira 42,000 kenderaan sehari.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan angpau RM200 kepada 650 penerima di kawasan PJS terdiri daripada orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO PJS, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik yang ditemui berkata, pengumuman itu amat ditunggu-tunggu kira-kira 41,000 penduduk PJS terutama di Taman Medan yang terpaksa berdepan kesesakan berikutan pengguna yang mengelak tol memasuki kawasan taman berkenaan.


Source : Berita Harian

p/s: beruntung untuk warga Petaling Jaya...
sebab kadar Tol dikurangkan kepada Rm1... 

2 Kepochi:

Ina berkata...

hu..hu..betul ke ni..bagus la kalau camtu kan.
http://inanazir.blogspot.com

Kechik Itu Comel berkata...

hye..singgah cni..

jom join GA blog sy..

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/jarijemariemas-first-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...