Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Loyal Followers !!

Isnin, 31 Januari 2011

Minyak Naik Lagi!! Apa Sudah Jadi !!



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Source: Malaysiakini

p/s: apa sudah jadi.. memang dah dijangkakan..
Petrol akan dinaikkan lagi !! Tahniah..

Nuffnang Ku Terbaek !!


Assalamualaikum w.b.t..

Wah, akhir nya hari ni baru aku check akaun Nuff aku..



Thanks Mr. Nuff !!
walaupun earnign aku tak seberapa tp..
boleh la tahan atas usaha aku selama sebulan..
baru sebulan k... tak macam otai otai lain...
confirm Earning meletop sana meletop sini...
keebbbaaabbboommmm!!!
aku cuma earning persis mercun kecil meletop !!
tapi aku tetap syukur beb.. 
'Rezeki jangan ditolak, Maut jangan dicari'

pada Blogger bloger baru, 
rajin rajinkan lah diri korang tu,
meng'Blogwalking' ke blog blog lain...
jangan Blogwalking semata mata mahukan followers yang ramai..
tapi blogwalking untuk mempelajari info info @ ilmu dari blogger Otai..
jangan memaksa orang lain untuk follow blog kita..
biar orang follow kita secara suka rela dengan karya kita..
itu lebih membanggakan...
walaupun aku ni, rajin Blogwalking.. dan mengfollow blog orang..
aku tak paksa orang lain untuk follow blog aku yang tak seberapa..
sory la, walaupun aku baru sebulan jagung, dah pandai nak beri nasihat..
confirm, ramai tak suka kan aku kan kan??hehehe

p/s: Alhamdulilah dengan rezeki yang ado..heheh

Hari yang paling Teruk !!


Assalamualaikum w.b.t..
Semalam seharian hujan tak henti henti kan??
adakah itu hujan rahmat??hehehe
of course la... 
aku nak buat entri HOT mengenai Pizza Hut !!

korang pernah ke makan Pizza Hut,
tipu la kalau korang cakap tak pernah makan...
orang kampung pun makan tau...
ni kan orang bandar...

ni nak cakap mengenai promotion Hot Ticket Hotlink untuk Pizza Hut!!
korang dah pergi redeem ker? hari ni last day okay !!
bawah ni contoh Hot Ticket tu...
rugi tak pakai Hot Ticket tau !!


yang menyebabkan aku nak cakap pasal ni,
sebab sakit hati dengan beberapa outlet Pizza Hut..
dengan alasan yang tidak munasabah
mengenai kehabisan tepung, kehabisan macam macam lagi alasan tak munasabah...
kalau nak berniaga tapi tak tahu nak berniaga, baik tutup je..
dah tahu ada promotion untuk redeem Pizza,
pandai pandai la buat lebih sikit...
takkan tak faham, kebanyakkan Rakyat Malaysia 
suka buat kerja disaat saat akhir...termasuk aku juga..
Alasan alasan yang orang akan kata ' baik tutup kedai' 
memang patut dikatakan pada beberapa outlet yang aku cakapkan...

1st outlet yang aku pergi kat 
Pizza Hut Taman muda.. Not sure la betul tak tempat tu..
sebab area tu Taman Muda...
Alasan yang terpampang di depan pintu masuk.
'Maaf kehabisan Tepung'
teruk la macam tu, baik tutup je kedai, buat closing !!
aku tengok punya ramai makan kat tingkat atas..nasib baik aku tak snap..
kalau tak mampos korang aku report kat HQ...

2nd Outlet kat Tesco Ampang !!
ni lagi buat aku panas...
staff situ suruh aku
' Abang, kena tunggu 15 minit dulu, sebab tengah uli tepung'
lepas tu aku cakap Okay aje la kan??
lepas 15 minit tu, ramai pulak yang beratur.. sampai giliran aku..
'maaf bang, Pizza dah habis, hanya untuk pizza yang besar besar jerk'
Kepala hotak kau !! tadi suruh tunggu, dah tunggu cakap habis...
ko ingat aku tak ada masa ke nak mengadap macam pengemis depan premis Pizza Hut !!
buang masa aku saje.. 

3rd Outlet, aku pergi kat belakang Ampang Point !!
nasib baik masa aku sampai tak ada alasan alasan bodoh 
macam dua dua outlet kat atas yang aku cakap...
tapi lama juga nak tunggu siap..
mana tak nya, 10 Pizza aku nak redeem, 
tak mengapa la, asalkan Pizza ada, Tepung ada...
kalau aku tahu, baik aku datang Ampang Point je terus...
Buang masa aku untuk redeem 10 Pizza untuk 2jam lebih...
kalau korang confirm sakit hati...
bukan nya kita peminta sedekah ke, minta free..
kita bayar juga..

p/s: Untuk Pizza Hut, kalau dah tahu ada promotion tu, pandai pandai la
buat ordering lebih, ingat aku tak pernah jadi manager Fast Food ker...
sebelum keluarkan memo, Tepung habis ke, Pizza habis ke..
cari la kat mana mana outlet berdekatan..



Jumaat, 28 Januari 2011

1 Month & 1 Day


Assalamualaikum w.b.t..

Sudah 1 Bulan usia blog aku ni...
yerla... macam macam cabaran dan dugaan 
selama sebulan aku berblogging ni...
Sempena sebulan usia Blog aku ni...

Aku akan buat 1 review mengenai blog aku ni...
insya-Allah dalam masa terdekat ni...
buat masa sekarang ni,
aku agak kesibukkan dengan study..
so, harap maklum...

p/s: aku berpuas hati atas perkembangan 
blog aku ni...
tidak la berpuas hati 100%
sebab aku masih newbie dalam arena Blogging ni..

Kebaikkan & Keburukkan UjiBakat AF9 Online !!


Assalamualaikum w.b.t..

Ujibakar online untuk Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9)
telah TAMAT sejak 26hb Januari 2011.
Korang boleh tengok aksi aksi 
UjiBakat yang telah dilakukan 
oleh Bakal pelajar AF9 jika terpilih 
di Youtube...
Macam macam aksi dan gelagat aku tengok 
pada diorang yang beriya iya mengujibakatkan diri diorang secara online..
ada yang aku bangga, ada yang sedih, ada yang nak ketawa..
itu tak bermakna aku memuji atau menghina bakat bakat diorang..
yerla kan, AF kali ini adalah musim terakhir dan peluang terakhir
untuk siapa yang ingin menjadi bintang Mee Segera kan?

Kebaikkan AF9 membuka peluang UjiBakat Secara online ni,

1. Ramai muka muka baru yang akan menjadi bintang
seperti Ana Raffali..
2. Tidak membuang masa terlalu banyak untuk beratur panjang.
3. Menjimatkan kos untuk buat sesi UjiBakat secara Live.

Keburukkan AF9 membuka peluang UjiBakat Secara online ni,

1. Akan terdapat peserta yang akan mengeditkan suara yang
tak berapa merdu menjadi merdu..
(Zaman dah moden, semua boleh jadi kan?)
2. Akan menyebabkan, Peserta yang UjiBakat secara Live tidak dipilih.
3. Akan menyebabkan ramai yang iri hati aka Frust la..hehe

ada 2-3 Video UjiBakat yang aku rasa 
bakal melayakkan diri untuk menyertai AF9.

Seperti :


Syam Kamarul


Soffizzan


Zaki Zainal

p/s: Pada aku, sesiapa yang bakal terpilih tu, Good Luck...
Jangan jadi Artis Mee Segera, hanya popular di AF,
bila keluar AF, hampeh !! okay...hehe


Awas Google Bakal Menggegarkan MALAYSIA !!


Assalamualaikum w.b.t..
semalam aku ada baca akhbar Kosmo 
yang bertarikh 27 Januari 2011.

KUALA LUMPUR -Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan
yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya
dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui
pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.

OMG !! Really...
siapa yang masih mencari kerja,
atau berminat untuk berkhidmat bersama
Syarikat ternama seperti Google ni...

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan itu boleh didapati
di laman web www.google.com.my/jobs

p/s: nak try juga ni.. tapi layak ke tak erk?? hehehe

Khamis, 27 Januari 2011

5 Mata Wang Terendah Di Dunia


Assalamualaikum w.b.t...

sementara ni, aku cuma kasi info untuk 5 mata wang terendah la erk..hehe

1). 10 million Zimbabwean Dollars = US$4


2). 500,000 vietnamese Dongs = US$30


3). 100,000 Indonesian rupiah = US$11


4). 50,000 Iranian Rial = US$5


5). 50,000 São Tomé Dobra = US$3.47


source:  kiflionly

p/s: cuba korang bayangkan jika 1 Juta USD !! tukar ke mata wang diorang ni...
berapa la diorang dapat erk... aku kaya kalau macam tu..hehehe


Rabu, 26 Januari 2011

OMG !! Ingat kau LAYAK !!


Assalamualaikum w.b.t..

Lakar sejarah guna khidmat vokalis Indonesia 

KUALA LUMPUR: Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan. 

Wahai Pihak Astro,
kat Malaysia ni tak ada lagi ke 
manusia yang layak jadi pengetua AF9 !!
walaupun aku bukan peminat setia Akademi Fantasia (AF)
nampak sangat nak menjatuhkan martabat seni di Malaysia
secara halus.. ramai lebih layak.
seperti :-


Dato Siti Nurhaliza


Anita Sarawak


Ramli Ms


Dato Syarifah Aini

Kenapa perlu agung agungkan Artis Luar !!
kurang hebat ke Artis Malaysia...
bukan aku ni penyokong tegar dalam bidang hiburan..
tapi itu adalah pandangan aku...

p/s: kenapa orang tak reti menghargai artis artis malaysia,
adakah Artis luar tu baik sangat, langsung tak pernah nampak kesalahan diorang..
hanya kita ni nampak kesalahan artis Malaysia..
sorry kalau aku terlebih emo !!

Selasa, 25 Januari 2011

Benarkah Nora Danish Berpunca atas Hubungan FASHA & JEJAI !!


OMG !! Betul ke cerita ni....
HAMIK ko Fasha !!

Assalamualaikum w.b.t..

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Source: MetroHarian.

p/s: pandai pandai je aku kan cakap Nora Danish PUNCAUTAMA hubungan diorang
berkeretakkan tu..
To Nora Danish: sory k.. hehehe

Bakal Pengganti YUNA sudah MUNCUL !!


Assalamualaikum w.b.t..

adakah Malaysia sudah bersedia dengan 
penyanyi yang BAKAL menggantikan YUNA
yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya tu....
seriesly, aku mula mula dengar lagu dari Najwa Latif ni...
Maveless la... bak kata sekarang ni..
Terbaek dari ladang la !!

Lagu yang aku paling suka ialah 


My Fav song la yang ni...

korang boleh berkenalan dengan Najwa ni melalui Facebook
di NajwaLatif. atau
di blog Najwa sendiri iaitu NajwaLatif .
jangan lupa terjah dia k..hehehe
Follower dia ni dianggarkan 1257 orang dah...
bagus bagus.. 1 permulaan yang terbaek..hehehe

p/s: Semoga Najwa terus sukses dengan bidang yang Najwa ceburi...

Isnin, 24 Januari 2011

BlogList Tak Salah Punya !!


Assalamualaikum w.b.t..

apa yang korang perlu buat?
1.follow blog ni kalau sudi..xsudi pon xpe..just untuk kesenangan agar xtertinggal mane2 update.

[DONE]

2.buat 1 entry,*1 je..xnak lebih.haha*
tajuk:Bloglist Tak Salah
letakkan header blog ni.

[DONE]

3.dan reason knape korang join segmen nih.(yang ni optional)

[DONE]

Aku nak join sebab aku suka join segmen orang..
sedangkan aku tak buat pun segmen lagi..hahaha
bukan la..gurau je...
aku join sesuatu segmen tu menunjukkan aku ni berminat
untuk menunjukkan diri aku sebagai blogger baru..
tak nak la, baru jadi blogger..
dah berlagak, duk diam diam, tunggu la visitor datang melawat..
kalau kita tak berusaha, untuk mencari visitor bertuah..
bak kata sekarang ni 'Blogwalking' tu satu kewajipan..
kalau kita malas berusaha, macam mana nak dikenali..
maksud dikenali tu bukan untuk menjadi blogger popular.. 
bak kata Owner segmen ni 'TAK SALAH'
kalau kita mempromotekan diri kita sendiri...
bak kata pepatah..
'sambil menyelam minum air' hehehe
aku baru bergelar blogger, belum layak untuk menjadi terkenal
seperti otai otai kita..
kita ambil contoh, Ben Ashaari, Cik Epal, Joegrimjow !!
traffik diorg selalu menggunung bak gunung Everest !!
apa apa pun, 'TAK SALAH' kalau den mencuba kan?? hehehe
semoga berjaya la...

4.tinggalkan url korang kat comment entry nih.

[DONE]


p/s: kalau korang nak join juga,
digalakkan la... JOM ramai ramai kita Gegar brader taksalah punya segmen

Ahad, 23 Januari 2011

Adakah Anda Penyokong Israel Laknatullah !!


Assalamualaikum w.b.t..

Thanks to cik eira n the Garang ..
kerana sudi meng'share'kan kepada semua umat islam 
di Malaysia mahupun di Dunia sekalipun..
yang penting untuk menyedarkan semua blogger blogger 
agar dapat menyebarkan berita sensasi ni !!

aku rasa korang pun tak tahu benda ni..
termasuk la aku..
thanks a lot la pada blogger dua orang di atas..
nasib baik, hari ni dok blogwalking.. nampak entri ni terus nak buat..

Buka komputer/laptop anda pada direktoriC:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 .
Anda akan ditemukan dengan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka)

HAPUS!
Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.
SEBARKAN SEMAMPUNYA.. jika korang bukan penyokong ISRAEL LAKNATULLAH !!

Alhamdulilah...
aku dah buangkan gambar gambar tersebut...
kalau boleh buang secepat yang boleh k...
yerla, kita tak nak la bersekongkol dengan diorang kan??
so, Wajib utk korang lakukan !!
Ayuh Ayuh !!
kalau korang tak pasti macam mana gambar tu, just tanya aku,
The Garang ataupun cik eira sendiri k...
kitaorang sedia membantu !!

p/s: jauh jauhkan la.... sesiapa yang nak share dibenarkan... tak payah minta kebenaran..
untuk kebaikkan kita semua !!

Adakah Aku Berputus Asa !! OMG !!


Assalamualaikum w.b.t...

adakah aku berputus asa sekarang... 
Oh !! Tidak !!!

aku pantang kalau cepat berputus asa...
apa salah nya kalau kita berusaha lebih kan??
dan sekarang aku dah nampak hasil nya..
walaupun tak banyak tetapi sekurang kurang nya..
ada la juga kan?? daripada tak ada...


hanya RM 0.25 !!!
Alhamdulilah dengan apa yang kita ada...
yerla.. sekurang kurang nya nampak hasil
bila kita berkarya..cewaahh.. ayat macam siot jerk...
dengan berkat usaha, kesabaran serta bantuan blogger blogger yang lebih lama daripada aku...
thanks a lot la pada korang k...
betul kata blogger blogger Otai !!
kesabaran dan usaha itu penting..
pada blogger blogger baru tu,
usaha dan sabar tu biar lebih sikit..
nanti korang akan nampak nya hasil tu.. jangan risau..
cuma hasil tu cepat atau lambat jer...

To Bro Pucheh :
betul la apa yang bro cakap tu.. thanks k..hehehe



p/s: yeahh, aku akan tambahkan usaha aku untuk berjaya sebagai Blogger terbaek..haha
aku blogging bukan semata mata mahukan duit..
tapi mahukan kepuasan.. tapi kalau dah rezeki tu, 
aku tetap terima.. Alhamdulilah..hehe

Jumaat, 21 Januari 2011

TRAFFIK Aku MELETOP !!!!


Assalamualaikum w.b.t...

Sementara ni,
Traffik di blog aku memberansangkan lah..
kadang kadang naik, kadang kadang turun..
depend on time la..
Kalau entri Hot !!
memang traffik aku mencanak naik persis Gunung Kinabalu..
cuma blogger 'Otai' jer yang mencanak traffik bak, Gunung Everest..
Betul tak wahai blogger blogger otai seperti, Ben Ashaari, Joegrimjow, cik Epal !!
almaklum la, aku baru jer bergelar sebagai blogger 
selama 3 minggu dan 4 hari..
aku rasa sekejap jer kan...
tetapi, pencapaian sekarang bagi aku adalah terbaek !!
daripada mula mula aku buat blog...
belum dikenali.. tapi sekarang, adalah sesetengah blog mengenali aku..
walaupun tidak mendalam kan??

tapi, yang banyak beri ilmu pada aku,
yang aku anggap sebagai sifu la kan??
ialah brader Pucheh ..
korang boleh la klik kat blog dia ..
dan dia ada gak la ajar aku serba sedikit mengenai blog !!
apa apa pun bro Pucheh, thanks a lot la..hehehe

Pada blogger blogger baru, 
just bersabar untuk meningkatkan traffik...
tetapi mesti rajin blogwalking...
baru la traffik di blog kita meninggkatkan??
hehehe

p/s: masih dalam proses belajar...
dan selalu blogwalking.. so, rajin rajinkan la diri tu..hahaha

Khamis, 20 Januari 2011

Tipu Daya Sang Blogger PENIPU!!


Assalamualaikum w.b.t...

Aku sebagai blogger sejati !! << sejati ker??
ingin membantu serta menyebarkan benda benda penting 
agar blogger blogger baru macam kita tidak akan 
tertipu oleh blogger yang bermain kotor..
sebab sesetengah daripada blogger ni hanya 
tahu bermain kotor dengan menggunakan ShoutBox !!
untuk meningkatkan traffik
serta untuk menggaut keuntungan untuk mereka..
Jika korang nak ketahui lebih lanjut.. boleh layari di blog Pendekar Berkuda !!

bak kata pepatah..
 ' Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua '
pepatah melayu ni sesuai kita awardkan pada mereka 
yang bertindak kejam, dengan menipu kita..

ada sorang atau duaorang yang buat seperti tu kat blog aku..
yang lain lain aku tak pasti la..
yang aku akan listkan nanti, 
mungkin ada diantara mereka, yang korang kenal..
dan tak sangka mereka berbuat demikian kan??

Ni list Si Penipu kita !!
  1. Newbie
  2. Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
  3. Innovator - 
  4. Joe -
  5. Fashion Girl
  6. SK-Sembang Kosong 
  7. Popolita
  8. Cilupbah
  9. Anggur
  10. Melati Putih
  11. Cahaya Cinta
  12. Suhaisweet
  13. GetMovie124
  14. Umar Yang Cute 
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau 
  16. Syamsid - 
  17. Joe a.k.a Faizol-1

Pada pendapat korang,
 apa yang patut kita lakukan terhadap mereka ni??
buangkan list follower mereka?
banned kan mereka daripada geng blogger malaysia...
anggap mereka bukan sebagai blogger lagi?
semua atas kehendak korang sendiri..
pada aku, bukan kejam la..
tapi sebagai pengajaran terhadap mereka..
buangkan mereka daripada list follower, dan jangan layari blog blog mereka lagi..
aku sebagai blogger baru,
pun tak ada lah nak kejar traffik sangat,
sapa yang sudi jenguk blog aku, alhamdulilah..
aku terima sangat..
tapi kalau dah menipu semata mata mahukan duit.. teruk la tu...
kita sebagai blogger..
Renung renungkan la..
dan selamat beramal..
kita berblogging dan blogwalking biar la Jujur k..

p/s: ini juga pengajaran pada aku sebagai blogger baru...
tu la akibat nya terlalu kejarkan traffik, sehingga tidak fikirkan akibat yang akan menimpa kita..

Rabu, 19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG !!


Assalamualaikum w.b.t...

Brader Ben kita dah buat segmen baru...
SEGMEN BARU!!! OMG !!!
apa apa pun, korang digalakkan join segmen ni
tak kisah la korang tu baru ke,
atau dah lama menceburi bidang blogging ni..
kita hidup sebagai blogger jangan la dianggap Bodoh Sombong
itu kata pepatah.. bukan kata aku k..hahaha

kalau korang nak join, boleh klik sini 'Jom Gegar Blog'

p/s: aku dah join, korang tunggu apa lagi...

Selasa, 18 Januari 2011

Gathering Paling Hangat tahun 2011 !!


Assalamualaikum w.b.t...

Geng geng Blogger !!
jom la ramai ramai kita memeriahkan lagi Gathering
paling Hangat dan Sensasi tahun ini...

kalau korang nak join, boleh call @ sms pada no yang tertera di flyer diatas
atau korang boleh contact
 Naim Noor Alim = 0192080447 untuk memudahkan urusan pengiraan ahli yang join !!
  
Tentatif Program:

10.30 am: kumpul kat bowling
11.30 am: bowling jap reramai. 
01.00 pm: makan time. 
02.00 pm: Ice Breaking (beborak)
03.30 pm: bersurai

Sapa nak join jom la...hehhee
tak salah kita merapatkan silaturahim antara blogger baru dan lama..hehe

p/s: aku nak join gak.. tapi masih dalam perhitungan..hehehe

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?



Caranya .. cam biasa .. mudah jer ..buat satu entri :
  1. Letak header blog BEN ASHAARI
    [ DONE ]

  2. Tajuk AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ? dan linkkan ke entri ini ..
    [ DONE ]

  3. Pendapat anda mengenai wanita masa kini .. Citarasa anda ? Wanita pilihan anda .... Wanita yang berjaya , yang patut dicontohi oleh wanita sekarang pada pendapat anda .. Semua ini tidak kurang dari 100 patah perkataan ..
    [ DONE ]
    pada pendapat aku la, wanita kini lebih berjaya daripada lelaki sendiri...
    ini tak bermakna lelaki sekarang PEMALAS.. sebab kita perlu ambil melalui fakta..
    bukan auta... cuba korang tengok kat universiti, siapa lebih ramai...
    dan yang berjaya sekarang totaly wanita..
    wanita zaman dahulu dengan wanita zaman sekarang.. totaly difference !!
    korang tak percaya, percaya lah !! 
    kenapa aku sokong wanita bagai nak rak sedangkan aku adalah lelaki..
    sebab wanita yang aku sanjungi sekarang adalah my mom..
    Beliau adalah wanita bagi aku adalah wanita paling berjaya..
    dan wanita paling penyayang...
    segala cabaran dan dugaan, beliau dapat harungi bersama sama
    anak anak nya.. hehehe << sedih la pulak !!
    apa apa pun, hargai la seorang insan bernama wanita aka ibu korang..hehehe
    sementara mereka masih hidup !!

  4. Nasihat untuk anak anak gadis zaman sekarang ..
    [ DONE ]
    jangan terlalu mengikut trend trend zaman sekarang
    yang akan menghancurkan masa depan korang sendiri..
    jaga lah maruah korang sebaik baik nya...
    jangan lah makan rayuan daripada seorang lelaki yang bergelar BUAYA !!
    dan jangan salahkan semua pada lelaki.. 
    sebab hanya sesetengah lelaki sahaja yang buat masalah..
    bak kata pepatah, ' setandan pisang tak semua nya busuk'
    betul tak?? hehe

  5. Sila tinggalkan url entri  anda di ruangan komen...

    [ DONE ]

    p/s: akhirnya selesai juga penulisan BM pada awal tahun 2011..hahaha
    korang nak join... boleh jerk...
    korang boleh klik kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...